Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM JELAJAH MASJID (REMAJA)







24.2.2009,satu Program Jelajah Masjid bagi kategori Remaja peringkat Jajahan Gua Musang telah di anjurkan.Salah satu tempat yang menjadi persinggahan program jelajah ini adalah di perkarangan Masjid Felda Chiku 01.Masjid ini terletak bersebelahan dengan ppik chiku.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mendekatkan diri remaja dengan akhlak dan pegangan yang murni.Ramai remaja yang turut serta dalam program ini.Dengan adanya program sebegini,remaja tidaklah membazirkan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.

ROLL CALL







Dekat Felda Chiku ini tidak ketinggalan mengadakan perjumpaan dengan semua warga felda chiku01 pada setiap bulan.Setiap bulan program ini akan diadakan dan di jalankan di perkarangan Pejabat Felda Chiku 01.Program dan perjumpaan ini di panggil ROLL CALL.Pada bulan 1 (20.1.2009),ROLL CALL ini diadakan bersama-sama dengan Jabatan Penjara Negeri Kelantan manakala pada bulan 2 (25.2.2009) pula diadakan bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Fungsi program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim penduduk dengan kakitangan felda dan juga kakitangan Wilayah Felda Gua Musang.ROLL CALL ini juga diadakan adalah bertujuan menyampaikan maklumat atau isu-isu terkini yang berkaitan dengan komuniti mahupun pihak-pihak tertentu.

KURSUS MEMBUAT BAJA KOMPAS.







Pada 13.jan.09,satu kursus cara-cara membuat baja kompas telah diadakan di Balai Raya Felda Chiku 01.Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Jajahan Gua Musang.Kursus ini disertai oleh kaum wanita.Kursus ini dianjurkan adalah untuk mempelajari cara-cara membuat baja kompas untuk tanaman sayur-sayuran.Bahan-bahan untuk membuat baja adalah dengan menggunakan buah-buahan,kangkong,kacang tanah,ikan dan tulang.Semua bahan ini perlu dicampurkan dan diawet selama sebulan untuk dijadikan baja.Di sebelah ini adalah sebahagian dari gambar yang diambil semasa kursus ini.

Sunday, March 1, 2009

BUMI HIJAU


Sekarang ini,dekat Felda Chiku 01 juga telah melakukan satu projek baru di mana mereka menanam sayur-sayuran di setiap rumah.Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah memberi bantuan sepenuhnya kepada projek ini.Secara tidak langsung,aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menyahut seruan kerajaan yang menggalakan tanaman Bumi Hijau.Ini adalah sebahagian dari gambar yang di ambil dari komuniti yang membuktikan komuniti di Felda ini menjalankan dan menanam sayur sayuran di kawasan rumah.

KEGIATAN WANITA




Selain Belia,kaum wanita juga tidak kurang hebatnya.Di Felda Chiku 01,sebuah persatuan yang bergiat aktif ialah Gerakan Penerokawati Wanita atau lebih dikenali sebagai GPW.Kebiasaannya ahli-ahli Persatuan ini akan berkumpul di bilik gerakan GPW untuk bermesyuarat sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.Persatuan ini mempunyai pelbagai fungsi antaranya memberi khidmat nasihat kepada ahlinya yang ingin menceburkan diri dalam bidang tertentu.seperti perniagaan,penghasilan kraf tangan dan lain-lain.Pelbagai aktiviti berunsurkan keagamaan kerap diadakan di kampung ini.Antaranya setiap hujung minggu bacaan yassin akan diadakan ke rumah-rumah ahli yang terlibat.Ia dilakukan secara bergilir-gilir.Selain aktiviti keagamaan,aktiviti sosial lain seperti pengindahan kawasan turut di lakukan secara bergotong royong.Terdapat juga kelas memasak yang dilakukan oleh wanita di sini.Mereka juga sering kali mendapat tender masakan seperti kenduri kendara di majlis perkahwinan dan sebagainya.Ini adalah gambar sebahagian wanita GPW melakukan dan mengabil tender memasak.