Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM CERAMAH "KOHO LAMA KOHO SAYE"















"KOHO LAMA KOHO SAYE"
Tarikh : 27 oktober 2009
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Chiku 01
Perasmian Oleh : TN HJ ABD MALIB BIN RANI
(Pengurus Besar Wilayah Gua Musang)
Anjuran : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Jajahan Gua Musang dengan Kerjasama
Felda Wilayah Gua Musang.
Program Ceramah "koho lama koho saye"telah diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Felda Chiku 01.Dari jam 8.00 pagi sampai jam 12.30 tgh ceramah ini berlangsung.Program ini telah di hadiri oleh pasangan suami isteri di setiap Rancangan Felda Wilayah Gua Musang.Program ini telah di rasmikan oleh Pengurus Besar Wilayah Gua Musang iaitu TN HJ ABD MALIB BIN RANI.2 orang ahli panel di jemput khas untuk memberi ceramah.Ceramah pertama bertajuk "HAK DAN KEWAJIPAN BERSAMA" telah di perdengarkan oleh Al-Fadhil Anuar b Hj Hashim (Pegawai Agama Jajahan Gua Musang) dan di ikuti oleh ceramah yang kedua yang bertajuk "KOHO LAMA KOHO SAYE" yang diperdengarkan oleh Pen.Pegawai Hal Ehwal Agama FELDA Wilayah Gua Musang.Semua keperluan makan dan minum telah di sediakan oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Chiku 01.

Tuesday, October 6, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA












Sambutan Hari Raya secara terbuka telah di adakan di perkarangan Dewan Orang Ramai dekat felda chiku 01 pada 5.10.2009.Majlis ini berlangsung tepat jam 12.00 tgh sampai jam 4.oo petang.Semua komuniti felda dan pengurus-pengurus felda lain turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.Yb Dato Paduka Nozula Mat Diah dan juga Pengerusi Wilayah Gua Musang juga tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan hari raya ini.Gerakan Persatuan Wanita (GPW) memainkan peranan dalam menyediakan semua makanan dan minuman.Mereka mengambil masa 2 hari dalam menyediakan semua penyelenggaraan berkaitan.Dari 4.10.2009 lagi mereka dah mula bermandikan keringat bagi menjayakan keperluan makanan dapat di siapkan dengan sempurna dan jayanya.Di sebelah adalah sebahagian dari gambar sebelum dan semasa majlis sambutan hari raya dekat felda chiku 01.


SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN TINGKATAN 3











Pada 5.10.2009,tepat jam 8.00 pagi,Sek.Men.Keb.Bandar Chiku telah mengadakan satu majlis solat sunat hajat dan bacaan yassin bagi tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR pada 7.10.2009..Pelajar,guru-guru,ibu bapa,Adun Paloh dan juga Pengurus Wilayah Gua Musang bersama-sama menunaikan solat hajat dan bacaan yassin.Selepas selesai menunaikan solat hajat,mereka juga telah mendegar satu ceramah yang telah di sampaikan oleh YB,DATO'PADUKA NOZULA BIN MAT DIAH iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dan juga di ikuti oleh Haji Malik Bin Abdul Rani iaitu Pengurus Besar Wilayah Gua Musang.

Saturday, October 3, 2009

SALON DAN BARANG KOSMETIK











Nornathasa bt mat rosli adalah adik kepada nor fadzlete aryani iaitu pemilik butik pengantinBeliau juga adalah salah satu AJK PPIK CHIKU.Salon ini diberi nama Nasthasa Enterprise.Salon ini telah menyediakan perkhidmatan sauna,facial,alat-alat kosmetik,cenderahati dan alat-alat tulis.Beliau telah berkhidmat beberapa bulan yang lepas.Di kawasan Felda Chiku,ramai Belia yang telah menceburi bidang perniagaan.

KEUSAHAWANAN (BUTIK PENGANTIN)











N'rias Bridal adalah salah satu kedai butik pengantin yang terletak di felda chiku.Norfadzlete aryani bt Mat rosli adalah salah seorang belia wanita dan juga AJK PPIK CHIKU.Beliau adalah anak jati peneroka chiku.Beliau telah mengusahakan butik ini beberapa bulan yang lepas.N'rias Bridal ini sedia menerima tempahan seperti set pelamin pengantin,gubahan,make up,aksesori,tempahan jahitan manik dan juga mempunyai set alat-alat muzik untuk di sewa.

Wednesday, April 22, 2009

MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR PPIK,BALAI RAYA DAN BILIK GERAKAN GPW







22.04.2009,tepat jam 8.30 pagi,Persatuan Wanita GPW dan AJK PPIK telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan Ppik,Balai Raya dan juga Bilik Gerakan GPW.En Abd Manan Bin Dollah adalah selaku Ketua dalam menjayakan gotong royong ini.Beliau juga adalah Penyelia Ladang dan Kampung di Felda Chiku.Dengan itu juga, beliau adalah Pengerusi Ppik Chiku.Di atas adalah sebahagian dari gambar yang di ambil semasa gotong royong di jalankan.

Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM JELAJAH MASJID (REMAJA)







24.2.2009,satu Program Jelajah Masjid bagi kategori Remaja peringkat Jajahan Gua Musang telah di anjurkan.Salah satu tempat yang menjadi persinggahan program jelajah ini adalah di perkarangan Masjid Felda Chiku 01.Masjid ini terletak bersebelahan dengan ppik chiku.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mendekatkan diri remaja dengan akhlak dan pegangan yang murni.Ramai remaja yang turut serta dalam program ini.Dengan adanya program sebegini,remaja tidaklah membazirkan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.