Sunday, March 1, 2009

KEGIATAN WANITA




Selain Belia,kaum wanita juga tidak kurang hebatnya.Di Felda Chiku 01,sebuah persatuan yang bergiat aktif ialah Gerakan Penerokawati Wanita atau lebih dikenali sebagai GPW.Kebiasaannya ahli-ahli Persatuan ini akan berkumpul di bilik gerakan GPW untuk bermesyuarat sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.Persatuan ini mempunyai pelbagai fungsi antaranya memberi khidmat nasihat kepada ahlinya yang ingin menceburkan diri dalam bidang tertentu.seperti perniagaan,penghasilan kraf tangan dan lain-lain.Pelbagai aktiviti berunsurkan keagamaan kerap diadakan di kampung ini.Antaranya setiap hujung minggu bacaan yassin akan diadakan ke rumah-rumah ahli yang terlibat.Ia dilakukan secara bergilir-gilir.Selain aktiviti keagamaan,aktiviti sosial lain seperti pengindahan kawasan turut di lakukan secara bergotong royong.Terdapat juga kelas memasak yang dilakukan oleh wanita di sini.Mereka juga sering kali mendapat tender masakan seperti kenduri kendara di majlis perkahwinan dan sebagainya.Ini adalah gambar sebahagian wanita GPW melakukan dan mengabil tender memasak.


No comments:

Post a Comment