Saturday, October 3, 2009

SALON DAN BARANG KOSMETIK











Nornathasa bt mat rosli adalah adik kepada nor fadzlete aryani iaitu pemilik butik pengantinBeliau juga adalah salah satu AJK PPIK CHIKU.Salon ini diberi nama Nasthasa Enterprise.Salon ini telah menyediakan perkhidmatan sauna,facial,alat-alat kosmetik,cenderahati dan alat-alat tulis.Beliau telah berkhidmat beberapa bulan yang lepas.Di kawasan Felda Chiku,ramai Belia yang telah menceburi bidang perniagaan.

KEUSAHAWANAN (BUTIK PENGANTIN)











N'rias Bridal adalah salah satu kedai butik pengantin yang terletak di felda chiku.Norfadzlete aryani bt Mat rosli adalah salah seorang belia wanita dan juga AJK PPIK CHIKU.Beliau adalah anak jati peneroka chiku.Beliau telah mengusahakan butik ini beberapa bulan yang lepas.N'rias Bridal ini sedia menerima tempahan seperti set pelamin pengantin,gubahan,make up,aksesori,tempahan jahitan manik dan juga mempunyai set alat-alat muzik untuk di sewa.

Wednesday, April 22, 2009

MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR PPIK,BALAI RAYA DAN BILIK GERAKAN GPW







22.04.2009,tepat jam 8.30 pagi,Persatuan Wanita GPW dan AJK PPIK telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan Ppik,Balai Raya dan juga Bilik Gerakan GPW.En Abd Manan Bin Dollah adalah selaku Ketua dalam menjayakan gotong royong ini.Beliau juga adalah Penyelia Ladang dan Kampung di Felda Chiku.Dengan itu juga, beliau adalah Pengerusi Ppik Chiku.Di atas adalah sebahagian dari gambar yang di ambil semasa gotong royong di jalankan.

Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM JELAJAH MASJID (REMAJA)







24.2.2009,satu Program Jelajah Masjid bagi kategori Remaja peringkat Jajahan Gua Musang telah di anjurkan.Salah satu tempat yang menjadi persinggahan program jelajah ini adalah di perkarangan Masjid Felda Chiku 01.Masjid ini terletak bersebelahan dengan ppik chiku.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mendekatkan diri remaja dengan akhlak dan pegangan yang murni.Ramai remaja yang turut serta dalam program ini.Dengan adanya program sebegini,remaja tidaklah membazirkan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.

ROLL CALL







Dekat Felda Chiku ini tidak ketinggalan mengadakan perjumpaan dengan semua warga felda chiku01 pada setiap bulan.Setiap bulan program ini akan diadakan dan di jalankan di perkarangan Pejabat Felda Chiku 01.Program dan perjumpaan ini di panggil ROLL CALL.Pada bulan 1 (20.1.2009),ROLL CALL ini diadakan bersama-sama dengan Jabatan Penjara Negeri Kelantan manakala pada bulan 2 (25.2.2009) pula diadakan bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Fungsi program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim penduduk dengan kakitangan felda dan juga kakitangan Wilayah Felda Gua Musang.ROLL CALL ini juga diadakan adalah bertujuan menyampaikan maklumat atau isu-isu terkini yang berkaitan dengan komuniti mahupun pihak-pihak tertentu.

KURSUS MEMBUAT BAJA KOMPAS.







Pada 13.jan.09,satu kursus cara-cara membuat baja kompas telah diadakan di Balai Raya Felda Chiku 01.Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Jajahan Gua Musang.Kursus ini disertai oleh kaum wanita.Kursus ini dianjurkan adalah untuk mempelajari cara-cara membuat baja kompas untuk tanaman sayur-sayuran.Bahan-bahan untuk membuat baja adalah dengan menggunakan buah-buahan,kangkong,kacang tanah,ikan dan tulang.Semua bahan ini perlu dicampurkan dan diawet selama sebulan untuk dijadikan baja.Di sebelah ini adalah sebahagian dari gambar yang diambil semasa kursus ini.

Sunday, March 1, 2009

BUMI HIJAU


Sekarang ini,dekat Felda Chiku 01 juga telah melakukan satu projek baru di mana mereka menanam sayur-sayuran di setiap rumah.Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah memberi bantuan sepenuhnya kepada projek ini.Secara tidak langsung,aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menyahut seruan kerajaan yang menggalakan tanaman Bumi Hijau.Ini adalah sebahagian dari gambar yang di ambil dari komuniti yang membuktikan komuniti di Felda ini menjalankan dan menanam sayur sayuran di kawasan rumah.