Tuesday, February 24, 2009

KEUSAHAWANAN (Kraf Tangan Buku dan Katalog)




Felda Chiku 01 terkenal dengan penghasilan Kraf Tangan daripada buku-buku dan katalog terpakai.Kraf Tangan ini dihasilkan oleh Siti Esah bt Ali,56 tahun di mana beliau telah menjalankan kegiatan ini dua tahun yang lepas.Kegiatan ini di lakukan di rumah di mana beliau dan anaknya bersama-sama melakukan kraf tangan ini.Modal yang di keluarkan untuk menghasilkan kraf tangan ini hanyalah sedikit sahaja kerana kebanyakan kraf tangan beliau menggunakan buku-buku dan katalog yang terpakai.Beliau hanya mengeluarkan duit membeli cat sahaja yang berharga rm20.00 setin.Antara kraf tangan yang di hasilkan oleh beliau ialah Bakul,Pasu Bunga,tempat letak telur dan sebagainya.Rata-rata Siti Esah akan menjual produknya di antara rm1.00 hingga rm25.00.Beliau akan menghasilkan kraf tangan ini sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai.Biasanya kraf tangan yang paling laris adalah bekas telur dan raga.


Sunday, February 22, 2009

Bengkel Jahitan Dan Sulaman


Bengkel Jahitan


Ahli Kelab PPIK sedang menghasilkan VENN DIAGRAM


PPIK CHIKU telah menubuhkan satu kelab.Iaitu kelab ppik.semua budak training yg dtg training kat c.ni sy saya serapkan dalam ahli kelab PPIK..Gambar itu adalah sebahagian dari ahli kelab ppik kami.mereka sedang menunjukan 1 kerja yg sudah di siapkan oleh mereka iaitu menyediakan venn diagram PPIK CHIKU.

Pengenalan Mengenai PPIK CHIKU

Pusat perkhidmatan ilmu komuniti (PPIK).PPIK CHIKU telah di tubuhkan di daerah chiku 01.PPIK ini beroperasi di perpustakaan desa chiku.Pusat ini terletak berhampiran dgn pejabat jkkr dan balai raya chiku.Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk kemudahan komuniti setempat membuka minda dalam Technology ICT.PPIK CHIKU ini menyediakan latihan ICT untuk komuniti bagi mengenal dengan lebih jelas penggunaan IT.Dengan itu,kami telah membuat Training di Perpustakaan Desa Chiku (PD CHIKU) setiap hari Sabtu hingga Khamis.Dengan kemudahan seperti ini dapatlah kita sama2 mengubah dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.