Tuesday, February 24, 2009

KEUSAHAWANAN (Kraf Tangan Buku dan Katalog)




Felda Chiku 01 terkenal dengan penghasilan Kraf Tangan daripada buku-buku dan katalog terpakai.Kraf Tangan ini dihasilkan oleh Siti Esah bt Ali,56 tahun di mana beliau telah menjalankan kegiatan ini dua tahun yang lepas.Kegiatan ini di lakukan di rumah di mana beliau dan anaknya bersama-sama melakukan kraf tangan ini.Modal yang di keluarkan untuk menghasilkan kraf tangan ini hanyalah sedikit sahaja kerana kebanyakan kraf tangan beliau menggunakan buku-buku dan katalog yang terpakai.Beliau hanya mengeluarkan duit membeli cat sahaja yang berharga rm20.00 setin.Antara kraf tangan yang di hasilkan oleh beliau ialah Bakul,Pasu Bunga,tempat letak telur dan sebagainya.Rata-rata Siti Esah akan menjual produknya di antara rm1.00 hingga rm25.00.Beliau akan menghasilkan kraf tangan ini sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai.Biasanya kraf tangan yang paling laris adalah bekas telur dan raga.