Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM JELAJAH MASJID (REMAJA)







24.2.2009,satu Program Jelajah Masjid bagi kategori Remaja peringkat Jajahan Gua Musang telah di anjurkan.Salah satu tempat yang menjadi persinggahan program jelajah ini adalah di perkarangan Masjid Felda Chiku 01.Masjid ini terletak bersebelahan dengan ppik chiku.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mendekatkan diri remaja dengan akhlak dan pegangan yang murni.Ramai remaja yang turut serta dalam program ini.Dengan adanya program sebegini,remaja tidaklah membazirkan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.

ROLL CALL







Dekat Felda Chiku ini tidak ketinggalan mengadakan perjumpaan dengan semua warga felda chiku01 pada setiap bulan.Setiap bulan program ini akan diadakan dan di jalankan di perkarangan Pejabat Felda Chiku 01.Program dan perjumpaan ini di panggil ROLL CALL.Pada bulan 1 (20.1.2009),ROLL CALL ini diadakan bersama-sama dengan Jabatan Penjara Negeri Kelantan manakala pada bulan 2 (25.2.2009) pula diadakan bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Fungsi program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim penduduk dengan kakitangan felda dan juga kakitangan Wilayah Felda Gua Musang.ROLL CALL ini juga diadakan adalah bertujuan menyampaikan maklumat atau isu-isu terkini yang berkaitan dengan komuniti mahupun pihak-pihak tertentu.

KURSUS MEMBUAT BAJA KOMPAS.







Pada 13.jan.09,satu kursus cara-cara membuat baja kompas telah diadakan di Balai Raya Felda Chiku 01.Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Jajahan Gua Musang.Kursus ini disertai oleh kaum wanita.Kursus ini dianjurkan adalah untuk mempelajari cara-cara membuat baja kompas untuk tanaman sayur-sayuran.Bahan-bahan untuk membuat baja adalah dengan menggunakan buah-buahan,kangkong,kacang tanah,ikan dan tulang.Semua bahan ini perlu dicampurkan dan diawet selama sebulan untuk dijadikan baja.Di sebelah ini adalah sebahagian dari gambar yang diambil semasa kursus ini.