Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM CERAMAH "KOHO LAMA KOHO SAYE"















"KOHO LAMA KOHO SAYE"
Tarikh : 27 oktober 2009
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Chiku 01
Perasmian Oleh : TN HJ ABD MALIB BIN RANI
(Pengurus Besar Wilayah Gua Musang)
Anjuran : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Jajahan Gua Musang dengan Kerjasama
Felda Wilayah Gua Musang.
Program Ceramah "koho lama koho saye"telah diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Felda Chiku 01.Dari jam 8.00 pagi sampai jam 12.30 tgh ceramah ini berlangsung.Program ini telah di hadiri oleh pasangan suami isteri di setiap Rancangan Felda Wilayah Gua Musang.Program ini telah di rasmikan oleh Pengurus Besar Wilayah Gua Musang iaitu TN HJ ABD MALIB BIN RANI.2 orang ahli panel di jemput khas untuk memberi ceramah.Ceramah pertama bertajuk "HAK DAN KEWAJIPAN BERSAMA" telah di perdengarkan oleh Al-Fadhil Anuar b Hj Hashim (Pegawai Agama Jajahan Gua Musang) dan di ikuti oleh ceramah yang kedua yang bertajuk "KOHO LAMA KOHO SAYE" yang diperdengarkan oleh Pen.Pegawai Hal Ehwal Agama FELDA Wilayah Gua Musang.Semua keperluan makan dan minum telah di sediakan oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Chiku 01.